| ~ | S i L e N c E - v 2 . 0 - | ~ |


...This is my Silence....my Life...



~~>Fr0m tHe EyEs 0f LiL-SiLeNcE<~~



Thursday, December 29, 2005
:: Sampai kapan... ::

Bismillah ar-rahman ar-raheem..
 
Subhanallah Walhamdulillah Walaa ilaha illallah, WallahuAkbar, Laa haula wala quwwata illa billahil 'aliyil 'aziem..

Ya Allah..

Rasa rindu ni makin membuak-buak. Hari makin dekat ke penghujung detiknya. Aku yang dilanda ombak resah, makin hilang arah.

Apa yang harus aku buat? Sudah sekian lama aku tinggalkan, aku biarkan Silence tanpa bicara. Rindu nya aku pada Silence laksana pungguk rindu kan bulan. Saban hari aku cuba membuka Silence, tapi ia seakan merajuk dengan aku, mungkin kerana niat aku untuk menutup nya, lalu sampai sekarang aku tidak di benarkan melihat wajahnya. Aku sedih, sedih sangat-sangat. Rasa rindu ni tak mampu untuk aku melampiaskan kan pada yang lain. Benar, memang benar aku sudah ada yang lain. Tapi, tidak bermakna Silence sudah hilang tempat di hati ku. Silence la tempat aku bermanja dan berduka lara. Tapi sekarang.. segalanya sudah berubah.

Penghujung tahun ni dan penghujung bulan ni, maka tamat lah riwayat Silence. Aku akan berhijrah ke tempat lain. Tempat dimana tiada siapa mengenali ku, tempat dimana semuanya masih baru. Moga-moga usaha ku kali ini, akan ketemu dengan hasilnya.

Beberapa hari ni, aku jadi bingung. Fikiran asyik mengelamun. Minda aku terawang-awangan. Aku terlalu terpengaruh dengan hasil karya beliau, Ramlee Awang Murshid. Bagaikan Puteri, benar-benar mempengaruhi jiwa dan minda ku. Aku sentiasa terbayang-bayangkan bagaimana rupa Laksamana Sunan. Cerita nya seakan-akan benar dan realiti. Hari-hari aku mengadap novel itu. Sampai kan aku tidak sanggup berenggang. Malam, aku berpelukan dengan novel tersebut. Waktu makan, aku berpegangan seakan tidak mahu lepaskan novel tersebut pada sesiapa. Itulah penangan Ramlee Awang Murshid. Segala novel hasil karya beliau amat aku kagumi. Plot cerita yang dipamerkan sangat-sangat menarik. Aku seakan mahu sahaja mencadang kan agar karya beliau di ubah menjadi satu lakonan layar. Biar ia jadi satu realiti yang aku kagumi.

Aduh..makin lama duduk kat dalam 'peti sejuk berkomputer', makin kebas jari jemari aku dibuat nya..

P/s: kenapa aku tak boleh buka Silence? Sampai kapan mahu 'merajuk' begini...Silence? cry


Posted at 07:11 pm by lil-silence
(3) ~ Bingkisan ~  

Wednesday, November 23, 2005
:: Entri terakhir.... ::

Bismillah ar-rahman ar-raheem..
 
Subhanallah Walhamdulillah Walaa ilaha illallah, WallahuAkbar, Laa haula wala quwwata illa billahil 'aliyil 'aziem..


Silence...

Hurmm...

Mungkin ni entri aku yang terakhir buat Silence. Aku akan tutup Silence. Bukan sebab aku malas nak menulis, tapi atas sebab-sebab tertentu.

Err... InsyaAllah, mungkin akan ada pengganti kepada Silence. Dan aku mungkin akan beralih arah sedikit. Aku mahu lepas kan segala kisah silam dan kisah klasik aku. Jadi aku akan tutup Silence.

Tarikh penutup, pada penghujung bulan disember. Dan selepas tu, Silence akan terus menyepi.. aku tidak akan menulis lagi di sini.

Aku betul-betul rasa berat hati sebenarnya. Aku sayang sangat pada Silence. Macam-macam kenangan yang tercipta. Tapi nak buat macam mana, semua orang perlukan perubahan. Betul tak? Aku lebih rindukan untuk menulis dengan tinta kering. Dah lama tak menulis puisi macam dulu. Sekarang, emosi tak beberapa stabil. Idea pon dah kurang.

Cuti sebulan, tak banyak benda yang aku buat. Jiwa kacau, minda meracau. Adushh... Fenin..Fenin.. macam-macam masalah timbul. Aku ingat, cuti sebulan, boleh la aku kurang kan stess ni. Tapi, ada juga yang datang mengganggu. Lebih-lebih lagi kisah suami orang tu. Aku dah tak kacau diorang, tapi suami nya kerap kali mengacau aku. Bila nak tukar nombor ya? Aduhh.. susah nya nak nekad untuk buat benda ni. Lepas kes suami orang, ada pulak kes pakwe orang. Huhuhu.. Ape lah salah aku ek?

Kes pakwe orang ni plak, baru jer petang tadi berlaku. Aku pon terkejut jugak. Tapi nasib baik la aku tak kena sembur. Petang tadi, ada sorang awek call aku. Dia tanya pasal Arif. Sumpah, masa tuh aku tak ingat langsung aku ada kenal sorang manusia bernama Arif. Sebab hal tu da lama berlaku. Dah nak dekat 2 bulan aku tak contact Arif. Arif tuh pon orang yang kacau aku dulu. Cuba check entri-entri lepas, aku ada cerita pasal Mohd Arif. Haa.. Dia lah orang nya... Adehhh...

Perempuan tu telefon aku, tanya hal tentang aku dan Arif. Ape hubungan aku dan dia. Aku cakap jer la aku kawan dia. Aku cerita semua nyer. Sebelom letak telefon, dak perempuan tu kata nak telefon aku lagi.. Huhuhuhu.. Aku jugak yang kena.

Tak ape lah. Ada hikmah agak nya. Mudah-mudahan, aku tak kena sembur. Huuhuhuhuu...

Ok la. Itu jer coretan terakhir aku. Maaf la, kerana tak dapat menerus kan entri kat Silence ni. Aku dah ada 'buah hati' yang lain.. ehhehehe....

Salam maaf, dan salam rindu dalam sepi buat semua pengunjung Silence...

Terima kasih kepada yang sudi memberi sekelumit rasa pada Silence... terima kasih yang tak terhingga....

Wassalam...

Posted at 10:09 pm by lil-silence
(4) ~ Bingkisan ~  

Monday, October 31, 2005
:: Salam Aildilfitri.. ::

Bismillah ar-rahman ar-raheem..
 
Subhanallah Walhamdulillah Walaa ilaha illallah, WallahuAkbar, Laa haula wala quwwata illa billahil 'aliyil 'aziem..


Silence...


Monday, October 17, 2005
:: Selamat menjalani ibadah puasa... ::

Bismillah ar-rahman ar-raheem..
 
Subhanallah Walhamdulillah Walaa ilaha illallah, WallahuAkbar, Laa haula wala quwwata illa billahil 'aliyil 'aziem..


Silence...


Lama x menjenguk, bukan kerana merajuk. Tapi sibuk. Dan kadang-kadang aku tak dapat nak tembusi Silence... Hurm..akibat nya.. Lambat la aku 'wish' selamat menjalani ibadah puasa buat Silence dan kawan-kawan semua.....


Thursday, September 01, 2005
:: Aku, Merdeka dan Shah Alam.. ::

Bismillah ar-rahman ar-raheem..
 
Subhanallah Walhamdulillah Walaa ilaha illallah, WallahuAkbar, Laa haula wala quwwata illa billahil 'aliyil 'aziem..


Silence...

Alhamdulillah..
dah habis pun perarakan kat Dataran Shah Alam. Benda ni smua la yang buat hidup aku tak teratur. Especially, waktu tidur aku. Hari pertama training, hari Ahad lepas, aku kena bangun awal jam 4.30 pagi. Siap-siap semua nya, berkumpul kat tangga besar, berbaris skejap, pastu tengok ahli scout cukup ke tak, jam 5 lebih kami dah bertolak ke Shah Alam. Sampai kat sana, kena la tunaikan solat Subuh dulu. Huhuhu.. Ngantuk seyh.. Mujur ada sarapan pagi. Bley laa aku isi perut aku yang lapau pepagi buta neh..

Akhirnya, dalam jam 8.30 pagi, kami pun mula lah berarak satu Dataran Shah Alam tuh. Mak aii.. sebelum berarak tuh, penat ler jugak kitorang practice itu ini. Pastu.. masa tengah berarak plak, ada jer orang kiri kanan (penonton) yang jadi tukang sorak, tukang kritik, tukang jerit, tukang kira.. macam-macam tukang laa... Aku yang memula tengah serius masa berkawad, akhirnya tergelak ler jugak. Yer lah, dah pacik-pacik askar tuh dok panggey-panggey.. "Ustazah Uia...ustazah UIA..." Aku plak dok barisan tepi sekali.. Huhuhu...

Aku dah malas nak tulis pepanjang. Nengok jer laa gambar-gambar kat fotopages aku. Enjoy the view.. Ada masa aku citer lebey yek~!! Aku tengah lapauu neh... tata..~!

http://littlesilence13.fotopages.com

Posted at 05:52 pm by lil-silence
(2) ~ Bingkisan ~  

:: Ingat Mati Tetapi Lupa Diri ::

Bismillah ar-rahman ar-raheem..
 
Subhanallah Walhamdulillah Walaa ilaha illallah, WallahuAkbar, Laa haula wala quwwata illa billahil 'aliyil 'aziem..


Silence...

Ingat Mati Tetapi Lupa Diri...

 

Sebuah hadith Qudsi yang cukup panjang dan mencuit hati kita. Sungguh indah dan amat baik untuk kita renungkan.

 

"Aku ( Allah ) hairan terhadap orang yang yakin akan datangnya kematian tetapi ia masih membanggakan diri ? Aku hairan terhadap orang yang yakin dengan hari perhitungan ( hisab ), kenapa ia masih sibuk menimbun harta benda? Aku hairan terhadap orang yang yakin akan masuk pintu kubur, kenapa mereka masih tertawa terbahak-bahak? Aku hairan terhadap orang yang yakin terhadap hari akhirat, kenapa mereka masih bersenang-senang dan lalai tidak beramal? Aku hairan terhadap orang yang yakin akan lenyapnya dunia ini, kenapa dia masih menambatkan hati kepadanya?Aku hairan terhadap orang alim yang pintar bicara tetapi bodoh dalam faham pengertian. Aku hairan terhadap orang yang sibuk menyelidiki aib orang lain, tetapi lupa cacat / cela dirinya sendiri.Aku hairan terhadap orang yang tahu bahawa Allah memperhatikan tingkah lakunya, mengapa ia masih derhaka kepada Allah?Aku hairan terhadap orang yang mengerti bahawa ia akan mati bersendirian dan masuk kubur bersendirian, kenapa ia masih asyik bersenda gurau dengan orang ramai? Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Muhammad itu benar-benar hambaKu dan rasulKu. "

 

Diakui atau tidak, ramai orang yang tidak sempat mengadakan muhasabah. Dengan kesibukan yang padat, rasanya sukar untuk mencari waktu yang sesuai untuk berfikir mendalam. Hari-harinya hanya diisi dengan kerja dan kerja. Semua waktu habis sekadar untuk mencari nafkah. Kesibukan seperti ini sudah menjadi ciri atau malah menjadi sebahagian dari kehidupan modern.

 

Malam hari yang semestinya waktu paling sesuai untuk melakukan muhasabah ternyata juga tersita untuk sekadar urusan dunia. Malam, utamanya dikota-kota besar tidak lagi ada bezanya dengan siang, Tetap ramai, tetap sibuk. Lampu-lampu kota kini telah menjadi? pengganti? matahari. Malam pun tetap terang benderang. Itulah sebabnya kemudian bermunculan manusia ?kelawar? yang jadual hidupnya justeru terbalik. Pada siang hari mereka tidur dan tatkala malam hari mulai menampakkan tandatanda kehidupannya bekerja. Tentu sahaja perkara ini menyalahi sunnah, menyelisih fitrah.

 

Firman Allah;

" Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki."  Q.S AlFurqaan : 47

 

Kerana manusia sudah merasakan tidak lagi cukup waktunya untuk mencari kehidupan di siang hari sahaja, maka malam harinya mereka gunakan juga untuk bekerja. Akibatnya waktu untuk istirehat berkurangan. Apalagi waktu untuk tafakkur, mengadakan muhasabah (menghitung diri ), muraqabah ( mendekatkan diri pada Allah ), hampir tiada lagi sama sekali. Jangankan sholat malam, sedangkan sholat Isya' sahaja dijalankan sambil menahan ngantuk, fikirannya masih tertuju pada lain yang sifatnya keduniaan. Apalagi ketika melakukan sholat, TV tidak dimatikan, sebab anak isteri sedang menuntun, Bagaimana boleh khusyu? sedangkan untuk mengingati bacaannya sudah tentu dalam kesukaran. Terlebih lagi kini semakin banyak pula program yang menarik, yang melalaikan manusia dari memikirkan erti kehidupannya sendiri. Semestinya sebelum masuk tidur, diluangkan waktu sejenak untuk berzikir. Kalau boleh, sholat dua rakaat. Kalau masih dapat dilakukan dengan membaca Al-Quran paling sedikit tiga surah terakhir atau tiga Qul, iaitu Qul Huwallahu ahad, Qul a'udzubirabbil falaq, dan Qul a'udzu birabbinnas, lalu ditutup dengan doa tidur. Tetapi alangkah ramai orang yang masuk tidur tanpa sengaja. Sambil berterusan menonton TV; lupa berzikir, lupa sholat, lupa berdoa ataupun mengadakan muhasabah. Malah jadual waktu tidurnya sahaja membuatnya tidak sempat untuk bangun tengah malam.

 

Kurangnya mengadakan perenungan dapat memberikan kesan yang buruk. Manusia tidak lagi mengerti untuk apa mereka bekerja. Mereka bekerja sekadar untuk mencari harta. Setelah mendapatkan harta, digunakan semahu-mahunya. Tiada ada waktu lagi untuk berfikir, darimana datangnya harta itu.

 

Tidak ada kesempatan untuk merenung, apakah yang lain juga mendapatkannya? Tidak juga berkesempatan untuk menilai, halal atau haram pendapatannya; sebaliknya terus digunakan untuk apa sahaja tanpa berfikir panjang. Dalam benaknya hanya satu yang difikirkan, yang pasti saya dapat. Kita digalakkan untuk berfikir, darimana didatangnya, dan kemana dibelanjakan. Orang yang sudah pada taraf seperti ini hidupnya hanyalah sekadar untuk memenuhi hidup. Mereka bekerja, berjuang, berkorban, berdamai dan berperang, hanya untuk hidup, bahkan mereka mempertaruhkan hidupnya sekadar untuk hidup.

 

Mereka ini disindir Allah dalam firmanNya;

" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati ( tetapi ) tidak mahu memahami dengannya ( ayat-ayat Allah ), dan yang mempunyai mata ( tetapi ) tidak mahu melihat dengannya ( bukti keesaan Allah ) dan yang mempunyai telinga ( tetapi ) tidak mahu mendengar dengannya ( ajaran dan nasihat ); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." Q.S Al-A?raaf : 179

 

Telinga mereka berlubang dan boleh mendengar, tetapi tidak mahu mendengarkan nasihat, cadangan, perintah dan larangan Zat yang menciptakan telinga. Inilah yang disebut telinga pasif oleh Allah. Bukan bererti telinga ini tidak aktif terhadap yang lain. Apabila musik dimainkan, nyanyian diperdengarkan, fitnah disebarkan, telinganya menjadi normal kembali.

 

Mata mereka juga celek, tetapi untuk membaca kalimah Allah mata itu menjadi rabun, malahan buta sama sekali. Berbeza tatkala melihat lenggang-lenggok artis, samada di pentas terbuka mahupun dikaca TV, matanya itu tiba-tiba menjadi jernih, sejernih kaca TV.

 

Mereka juga mempunya hati, tetapi sekadar gumpalan daging yang terbalut rongga dada. Hati yang berupa qalbu tidak lagi dipunyai mereka, paling tidak sudah lama tidak terpakai. Usang, sukar dicari. Jika harus diaktifkan, masih perlu dibersihkan, diservice, bahkan mungkin dioverhaul dulu.

 

Firman Allah;

" Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." Q.S Al?Israa? : 36

 

Sebelum hari kita dipertanggungjawabkan, sebaiknya kita memanfaatkanya untuk merenung, adakah ketigatiganya sudah berfungsi sebagaimana yang diharapkan oleh Yang Menciptakan? Atau kita masih beralasan, belum ada waktu untuk bermuhasabah.

 

Wallahu'alam Bisshawab.

 


Posted at 05:34 pm by lil-silence
(1) ~ Bingkisan ~  

Wednesday, August 17, 2005
:: Sibuk + Tak Sehat ::

Bismillah ar-rahman ar-raheem..
 
Subhanallah Walhamdulillah Walaa ilaha illallah, WallahuAkbar, Laa haula wala quwwata illa billahil 'aliyil 'aziem..


Silence...

Pagi tadi, bangun dari tidur aku rasa badan aku betul-betul lemah. Kepala berat sangat rasa nya. Lepas Subuh aku tidur balik, akhirnya aku buat keputusan kelas jam 9 pagi aku terpaksa 'bakar' (baca:burn). Bukan sebab aku malas, tapi sebab aku rasa badan aku tak sehat. Aku tidur pagi tadi sampai jam 8.30 pagi. Aku bangun, kemas-kemas katil, aku bukak tingkap, aku nampak ramai nyer manusia tengah berjalan. Masing-masing nak menuju ke kelas masing-masing, aku je yang tak ada mood nak ke kelas. Tapi bila aku jenguk bilik kawan-kawan aku, semuanya dah kosong. Alahai, aku keseorangan. Aku pegi ke bilik air, mandi. Dah abis mandi, aku sarapan pagi sambil ngadap buku kejap. Pastu, dengan izin Allah, hati aku terdetik nak pegi kelas. Sebab aku rasa macam dah OK jer lepas mandi. Alhamdulillah, atas nikmat sihat yang sementara ini..

Dalam kelas, aku tak dapat tumpu sangat perhatian. Mata aku melilau nengok bebudak neh menyalin nota. Aku plak terkebil-kebil. Dalam otak, "Apa laa yang aku belajar ari niii..... " Akhirnya, lepas abis kelas aku balik bilik terus sambung membungkang~! Alahaii... berat nya kepala... Mata aku dah berair-air. Tekak dah mula rasa tak best.. Tak kan nak demam kot.. Dalam kul 12, Chaq datang bilik, mengadu masalah nyer. Aku layan sekadar yang mampu. Aku baring-baring, pastu masa Chaq nak balik bilik sebab ada kelas kul 2 ptg, aku dah ngantuk-ngantuk. Tidur lagi..

Sedar-sedar jam 3ptg, aku bangun, solat Zohor kejap. Pastu, bukak buku. Tak dapat nak tumpu lagi, aku pegi ke bilik Aina. Tengok TV, cerita 'Jewel in The Palace'. Aku tengok sekerat. Kepala aku jadi berat lagi. Aku pegi balik bilik aku semula, aku tidur lagi....

Kul 4 lebih, Aina ngan Yeen dah balik bilik. Kat luar bilik, hujan turun dengan lebat sekali. Alhamdulillah, hujan rahmat.. Mata aku terkebil-kebil tengok hujan sambil baring, lama-lama aku terlelap. Pastu aku terjaga balik, perut aku lapar. Dah bunyik lagu keroncong. Aku antar SMS kat Kak Tini, order nasi lemak 3 bungkus. 2 untuk aku, 1 untuk Didi. Pastu aku tidur lagik.. Tak lama lepas tu.. aku terjaga sebab bunyik guruh kuat sangat.. Aku tengok jam dah pukul 6, aku pegi ke bilik air, mandi. Pastu solat Asar, pastu siap-siap nak ke blok G, nak amik nasi lemak yang aku order. Akhir nya, kul 7 aku baru makan tengahari campur makan malam. Tapi aku makan sebungkus je. Lagi sebungkus aku bagi kat Aishah.

Aku fikir-fikir, agaknya aku terlalu bekerja keras untuk buat kerja sampai kan kesihatan aku terjejas.. Malam tadi sebelum tidur aku sempat lagi membaca beberapa artikel untuk Research Paper aku. Ya Allah, tabahkan hati aku...

Semalam, Kak Dayah bagi tau, 31 Ogos nanti aku akan ke Shah Alam untuk perbarisan hari Medeka. Huhuhu.. Aku wakil dari bebudak Pengakap..~!! Nanti kalau ada siaran langsung kat TV, cari laa muka aku yang comey niii~!! \(^0^)/

Posted at 09:52 pm by lil-silence
(1) ~ Bingkisan ~  

Next Page



Selamat datang...











+ Nawwal Imtinani bt Ali
+ Nani, Imtinani, Nawal
+ eastgirl132,spider_lily,NaIm,Kechik
+ 2 dekad 2 tahun 4 bulan
+ Muslim
+ Female
+ 4th from 9
+ 13th February 1983
+ Student
+ Bachelor of Human Sciences (Sociology and Anthropology)
+ Garden of Knowledge and Virtue
+ Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan DK
+ Kelantan + N9
+ Email ME!

+
+





NNormal
AAwkward
WWicked
WWeird
AAltruistic
LLittle
IInnocent
MMystical
TTalented
IImportant
NNice
AAdventurous
NNew
IIndustrious

Name / Username:

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com


"You can close your eyes to the things that you don't want to see... But you can't close your heart to the things that you don't want to feel..."


<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31










Riwayat Cinta ~ Misha Omar


Gerhana Yang melanda Seluruh alam semesta Dunia gelap sunyi tanpa cahaya Begitulah hatiku terasa ohh..... Siapa Yang rela Bernafas dalam derita Membiar perasaan jadi sengsara Dicengkam sedih yang tak terduga Ke mana Hilangnya keindahan Yang ingin ku damba Diselimut rasa sepi keseorangan Dihiris kelukaan Sentuhanmu yang pertama Bagaikan madu menyiram asmara Tapi itu hanyalah kepalsuan Tersingkir aku di dalam khayalan Perlukah aku bercinta Andai hidup berteman air mata Biarkan saja aku bersendiri Usah kau memandang wajahku lagi Sesungguhnya Tiada jalan teduh untuk bersama Ku rela kepedihan menjadi luka Berakhirlah riwayat cintaku oohh.....




~> + Pentingkan diri sendiri + <~

~> + Alat membunuh diri (rokok) + <~

~> + Arsenal + <~

~> + Penipu + <~

~> + Kawan-kawan aku + <~

~> + dapat jumpa Mak + <~

~> + dapat peluk BEN + <~

~> + Manchester United + <~

~> + Anime Naruto (esp ~ Gaara) + <~

~> + Nombor 13 + <~

~> + Warna Merah + <~






I've heard it said
That people come into our lives for a reason
Bringing something we must learn
And we are led
To those who help us most to grow
If we let them
And we help them in return
Well, I don't know if I believe that's true
But I know I'm who I am today
Because I knew you:

Like a comet pulled from orbit
As it passes a sun
Like a stream that meets a boulder
Halfway through the wood
Who can say if I've been changed for the better?
But because I knew you
I have been changed for good

It well may be
That we will never meet again
In this lifetime
So let me say before we part
So much of me
Is made of what I learned from you
You'll be with me
Like a handprint on my heart
And now whatever way our stories end
I know you have re-written mine
By being my friend:
Like a ship blown from its mooring
By a wind off the sea
Like a seed dropped by a sky bird
In a distant wood
Who can say if I've been changed for the better?
But because I knew you
I have been changed for good

And just to clear the air
I ask forgiveness
For the things I've done you blame me for
But then, I guess we know
There's blame to share
And none of it seems to matter anymore

Like a comet pulled from orbit
As it passes a sun
Like a stream that meets a boulder
Halfway through the wood
Who can say if I've been changed for the better?
I do believe I have been changed for the better.
And because I knew you:
I have been changed for good.

 



xXx ~NaIm~ xXx





::Abe:: | ::Abu Zar::
::Achik:: | ::AdDeen::
::Afiz:: | ::Ainul::
::AkhiFaizul:: | ::Akim::
::Al-Jundu:: | ::Alkuden::
::Al-quazam:: | ::AmizaKhusyri::
::Amyerik:: | ::Anepsx20::
::ArcaKasih:: | ::Arul::
::Ayda:: | ::Ayie::
::Basikalus:: | ::Basrie::
::Bluehikari:: | ::Bonda-Shafiya::
::BroShy:: | ::Budak_kecik::
::Burn:: | ::Cill-Din::
::Dik Dini:: | ::Dik Nat::
::Eidda-Hudoh:: | ::Elaira::
::etake:: | ::Fiza::
::Girl-Friday:: | ::Gnela::
::Geoream:: | ::GoOdBoYz::
::Gredika:: | ::Hanakatase::
::Huder:: | ::Idham::
::Ihsan::| ::Ikoko::
::IP:: | ::Ilalang-liar::
::Jae:: | ::Jason-Mraz::
::Jerangkung:: | ::Junaidix::
::Jundak:: | ::Jurnal-Alam::
::Kak G:: | ::Katarsis::
::Kekure:: | ::Kimura::
::Laili:: | ::Lavender::
::Lela:: | ::Linuxskate::
::MadFozi:: | ::Mahirah::
::Mal:: | ::Manmoncang::
::Mystrique:: | ::Mokhzani::
::Mumtazah:: | ::Nad::
::Net:: | ::Nile-Chem::
::Nisya:: | ::Nur-Ein::
::OP:: | ::Pacik_badai::
::Pacik Gulay:: | ::Penawar::
::Ratna:: | ::Rhay::
::Sara:: | ::saYANg::
::Sayang_Mama:: | ::Sayap-dewa::
::Shah:: | ::Shuthcnma::
::Sickbear:: | ::Sief3r::
::Sireh | ::Sis Ryss::
::Teacher-Bibah:: | ::Tok-Rimau::
::tOkSiK:: | ::Turismo::
::Ustaz-Malaya:: | ::Walkthrulife::
::WaWa:: | ::Wkdin::
::Zaid-Akhtar:: | ::Zhoulsz::
::Zumindar:: | ::Zuril::


::Alwan:: | ::Artakus::
::Gengjurnal:: | ::Mesra::
::SHUKUR:: | ::Yahoomail::




~*... Manchester United ...*~

**GOALKEEPERS**
1 - Tim Howard
13- Roy Carroll
35- Lopez Ricardo

**DEFENDERS**
2- Gary Neville
3- Phil Neville
4- Gabriel Heinze
5- Rio Ferdinand
6- Wes Brown
22- John O'Shea
26- Phillip Bardsley
27- Mikael Silvestre
29- Jonathan Spector

**MIDFIELDERS**
7- Cristiano Ronaldo
11- Ryan Giggs
15- Jose Kleberson
16- Roy Keane
17- Liam Miller
18- Paul Scholes
19- Eric Djemba-Djemba
23- Kieran Richardson
24- Darren Fletcher
25- Quinton Fortune
28- Gerard Pique
39- Paul Tierney

**STRIKERS**
8- Wayne Rooney
9- Louis Saha
10- Ruud van Nistelrooy
12- David Bellion
14- Alan Smith
20- Ole Gunnar Solskjaer
32- Bojan Djordjic
40- Sylvain Ebanks-Blake
42- Giuseppe Rossi




SHUKUR










Free Website Counters
Free Website Counters