Bismillah ar-rahman ar-raheem..
Subhanallah Walhamdulillah Walaa ilaha illallah, WallahuAkbar, Laa haula wala quwwata illa billahil 'aliyil 'aziem..
Ya Allah..
Rasa rindu ni makin membuak-buak. Hari makin dekat ke penghujung detiknya. Aku yang dilanda ombak resah, makin hilang arah.
Apa yang harus aku buat? Sudah sekian lama aku tinggalkan, aku biarkan Silence tanpa bicara. Rindu nya aku pada Silence laksana pungguk rindu kan bulan. Saban hari aku cuba membuka Silence, tapi ia seakan merajuk dengan aku, mungkin kerana niat aku untuk menutup nya, lalu sampai sekarang aku tidak di benarkan melihat wajahnya. Aku sedih, sedih sangat-sangat. Rasa rindu ni tak mampu untuk aku melampiaskan kan pada yang lain. Benar, memang benar aku sudah ada yang lain. Tapi, tidak bermakna Silence sudah hilang tempat di hati ku. Silence la tempat aku bermanja dan berduka lara. Tapi sekarang.. segalanya sudah berubah.
Penghujung tahun ni dan penghujung bulan ni, maka tamat lah riwayat Silence. Aku akan berhijrah ke tempat lain. Tempat dimana tiada siapa mengenali ku, tempat dimana semuanya masih baru. Moga-moga usaha ku kali ini, akan ketemu dengan hasilnya.
Beberapa hari ni, aku jadi bingung. Fikiran asyik mengelamun. Minda aku terawang-awangan. Aku terlalu terpengaruh dengan hasil karya beliau, Ramlee Awang Murshid. Bagaikan Puteri, benar-benar mempengaruhi jiwa dan minda ku. Aku sentiasa terbayang-bayangkan bagaimana rupa Laksamana Sunan. Cerita nya seakan-akan benar dan realiti. Hari-hari aku mengadap novel itu. Sampai kan aku tidak sanggup berenggang. Malam, aku berpelukan dengan novel tersebut. Waktu makan, aku berpegangan seakan tidak mahu lepaskan novel tersebut pada sesiapa. Itulah penangan Ramlee Awang Murshid. Segala novel hasil karya beliau amat aku kagumi. Plot cerita yang dipamerkan sangat-sangat menarik. Aku seakan mahu sahaja mencadang kan agar karya beliau di ubah menjadi satu lakonan layar. Biar ia jadi satu realiti yang aku kagumi.
Aduh..makin lama duduk kat dalam 'peti sejuk berkomputer', makin kebas jari jemari aku dibuat nya..
P/s: kenapa aku tak boleh buka Silence? Sampai kapan mahu 'merajuk' begini...Silence? 
Posted at 07:11 pm by
lil-silence