Pagi tadi, bangun dari tidur aku rasa badan aku betul-betul lemah. Kepala berat sangat rasa nya. Lepas Subuh aku tidur balik, akhirnya aku buat keputusan kelas jam 9 pagi aku terpaksa 'bakar' (baca:burn). Bukan sebab aku malas, tapi sebab aku rasa badan aku tak sehat. Aku tidur pagi tadi sampai jam 8.30 pagi. Aku bangun, kemas-kemas katil, aku bukak tingkap, aku nampak ramai nyer manusia tengah berjalan. Masing-masing nak menuju ke kelas masing-masing, aku je yang tak ada mood nak ke kelas. Tapi bila aku jenguk bilik kawan-kawan aku, semuanya dah kosong. Alahai, aku keseorangan. Aku pegi ke bilik air, mandi. Dah abis mandi, aku sarapan pagi sambil ngadap buku kejap. Pastu, dengan izin Allah, hati aku terdetik nak pegi kelas. Sebab aku rasa macam dah OK jer lepas mandi.
Alhamdulillah, atas nikmat sihat yang sementara ini..
Dalam kelas, aku tak dapat tumpu sangat perhatian. Mata aku melilau nengok bebudak neh menyalin nota. Aku plak terkebil-kebil. Dalam otak,
"Apa laa yang aku belajar ari niii..... " Akhirnya, lepas abis kelas aku balik bilik terus sambung membungkang~! Alahaii... berat nya kepala... Mata aku dah berair-air. Tekak dah mula rasa tak best.. Tak kan nak demam kot.. Dalam kul 12, Chaq datang bilik, mengadu masalah nyer. Aku layan sekadar yang mampu. Aku baring-baring, pastu masa Chaq nak balik bilik sebab ada kelas kul 2 ptg, aku dah ngantuk-ngantuk. Tidur lagi..
Sedar-sedar jam 3ptg, aku bangun, solat Zohor kejap. Pastu, bukak buku. Tak dapat nak tumpu lagi, aku pegi ke bilik Aina. Tengok TV, cerita 'Jewel in The Palace'. Aku tengok sekerat. Kepala aku jadi berat lagi. Aku pegi balik bilik aku semula, aku tidur lagi....
Kul 4 lebih, Aina ngan Yeen dah balik bilik. Kat luar bilik, hujan turun dengan lebat sekali. Alhamdulillah, hujan rahmat.. Mata aku terkebil-kebil tengok hujan sambil baring, lama-lama aku terlelap. Pastu aku terjaga balik, perut aku lapar. Dah bunyik lagu keroncong. Aku antar SMS kat Kak Tini, order nasi lemak 3 bungkus. 2 untuk aku, 1 untuk Didi. Pastu aku tidur lagik.. Tak lama lepas tu.. aku terjaga sebab bunyik guruh kuat sangat.. Aku tengok jam dah pukul 6, aku pegi ke bilik air, mandi. Pastu solat Asar, pastu siap-siap nak ke blok G, nak amik nasi lemak yang aku order. Akhir nya, kul 7 aku baru makan tengahari campur makan malam. Tapi aku makan sebungkus je. Lagi sebungkus aku bagi kat Aishah.
Aku fikir-fikir, agaknya aku terlalu bekerja keras untuk buat kerja sampai kan kesihatan aku terjejas.. Malam tadi sebelum tidur aku sempat lagi membaca beberapa artikel untuk Research Paper aku. Ya Allah, tabahkan hati aku...
Semalam, Kak Dayah bagi tau, 31 Ogos nanti aku akan ke Shah Alam untuk perbarisan hari Medeka. Huhuhu.. Aku wakil dari bebudak Pengakap..~!! Nanti kalau ada siaran langsung kat TV, cari laa muka aku yang comey niii~!! \(^0^)/